Remaja menang iPhone 13 dalam kempen Progresif

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Remaja berusia 16 tahun telah diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Top-Up & Win anjuran Progresif yang berjalan sepanjang November lalu.

Awang Mohammad Nur Ali Salleh bin Mohammad Ramli telah membawa pulang iPhone 13 dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Progresif Seria Store.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah disempurnakan oleh Jeffely Lee dari Segment Management Retention.

Jeffely Lee dipetik berkata bahawa memberikan keutamaan kepada kuasa memilih
pelanggan merupakan matlamat utama bagi kempen selama sebulan itu, di mana sepanjang kempen, dapat disaksikan peningkatan jumlah penyertaan daripada pengguna mereka.

Dalam hubungan itu, beliau menyatakan penghargaan kepada semua yang terus memberikan sokongan kepada Progresif serta nilai-nilai yang dipertahankannya.

Sementara itu, sepanjang Disember, Progresif akan memberikan data percuma kepada pelanggan-pelanggan yang beralih ke Progresif.

Orang ramai boleh mengetahui mengenai promosi dan diskaun yang sedang berjalan, menerusi media sosial dan laman sesawang Progresif.

Awang Mohammad Nur Ali Salleh (kiri) menerima hadiah utama bagi Kempen Top-Up & Win daripada Jeffely Lee (kanan) dalam majlis yang berlangsung di Progresif Seria Store. – Gambar serahan Progresif