NEW YORK, 29 NOV – Seorang lelaki semalam mengaku bersalah membunuh 10 orang kulit hitam ketika amukan bersenjata di sebuah pasar raya di New York, Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini.
Payton Gendron, 19, yang mendakwa mengetuai kumpulan kulit putih itu akan menghabiskan sisa hidupnya di penjara susulan keganasan domestik bermotifkan kebencian ke atas pembunuhan beramai-ramai di Buffalo, Mei lalu.
Hukuman ke atasnya akan berjalan secara rasmi pada 15 Februari depan, tetapi kesalahan tersebut membawa hukuman mandatori seumur hidup tanpa parol.
Peguam Daerah Erie Kaunti, John Flynn, berkata Gendron mengaku bersalah bagi semua pertuduhan, termasuk 10 pertuduhan membunuh darjah pertama, tiga pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan memiliki senjata.
Pendakwa raya berkata tertuduh memandu dari kampungnya di Conklin yang terletak lebih 322 kilometer (km) dengan niat membunuh seramai mungkin orang kulit hitam, pada 14 Mei lalu. – AP
