VICTORVILLE, 4 APRIL – Timbalan syerif California Selatan menembak mati seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengalami masalah kesihatan mental selepas dia bersenjatakan pisau dan mengunci diri dalam bilik mandi di sebuah rumah, kata pihak berkuasa hari ini.
Remaja itu dipindahkan dari hospital, tempat dia dirawat selepas mencederakan dirinya, ke pusat kesihatan mental apabila dia melarikan diri Selasa lalu, kata Syerif Daerah San Bernardino, Shannon Dicus.
Remaja lelaki itu, merupakan seorang anak angkat yang tinggal di Hesperia, manakala kakak-kakaknya tinggal di sebuah rumah di Victorville yang merupakan tempat asuhan, kata Dicus. Seseorang di rumah itu telah menghubungi timbalan syerif untuk menangkapnya, kata Dicus, kerana sebelum ini dia telah menimbulkan kekacauan.
Satu video dan imej menunjukkan remaja itu sedang memegang pisau, lapor Riverside Press-Enterprise. Penolong syerif telah menyemburnya dengan semburan lada, dan salah satu bahagian tangannya telah mengalami luka dikelar pisau, kata akhbar itu. – AFP
