GAZA – Hussam Al-Attar, remaja Palestin berusia 15 tahun, telah digelar ‘Newton of Gaza’ selepas berjaya menjana elektrik daripada angin. Dia menggunakan alat asas untuk membekalkan elektrik. Ketika perang dengan Israel semakin memuncak, bekalan elektrik terganggu di kawasan Gaza dan kem-kem pelarian. Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Al-Attar, pelajar Sekolah Jabel Mukaber di utara Gaza telah

