Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Remaja rogol adik kandung sehingga lahirkan anak

    JELEBU, 23 FEB – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak.

    Tertuduh membuat pengakuan bagi dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Norshazwani Ishak secara tertutup.

    Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Palong antara 21 Jun hingga 30 Jun 2022 sekitar 11 malam hingga 12 tengah malam yang perhubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai kepada tertuduh untuk berkahwin dengan mangsa.

    Bagi pertuduhan kedua, remaja tersebut melakukan perkara yang sama pada 1 September hingga 10 September 2022 sekitar 11 malam hingga 12 tengah malam bersama mangsa di lokasi yang sama.

    Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan.

    Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii dan tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...