Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja sebabkan kematian wanita, 3 kanak-kanak didakwa

    SEATTLE, 25 MAC – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah ditangkap dan didakwa dengan empat pertuduhan membunuh melibatkan kenderaan kerana didakwa menyebabkan kemalangan empat buah kereta di pinggir bandar Seattle yang mengorbankan seorang wanita dan tiga kanak-kanak di dalam van mereka, menurut rekod penjara dalam talian.

    Chase Daniel Jones telah ditangkap lewat Jumaat dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta, menurut rekod Pusat Tahanan King County.

    Rekod penjara tersebut menyenaraikan tuduhan dan ikat jamin tetapi tidak menunjukkan peguam yang boleh mewakili pihak Jones, dan kes tersebut tidak muncul dalam rekod mahkamah King County dalam talian pada Sabtu.

    Mangsa yang terkorban dalam kemalangan pada Selasa di Renton adalah Andrea Smith Hudson, 38; Matilda Wilcoxson, 13; dan Eloise Wilcoxson serta Boyd B. Brown, kedua-duanya berusia 12 tahun, menurut Pejabat Pemeriksa Perubatan King County.

    Kemalangan itu juga menyebabkan empat yang lain dibawa ke hospital, termasuk dua anak Hudson yang juga berada dalam van tersebut. Mereka masih dirawat di hospital pada Sabtu, lapor Seattle Times.

    Pegawai berkata Jones juga cedera, dan dia telah dirawat di hospital sehingga pembebasan dan penahanannya.

    Jones juga menghadapi dua pertuduhan serangan yang melibatkan kenderaan dan satu pertuduhan memandu secara cuai. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda