Thursday, December 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja Singapura ditahan rancang serangan

    SINGAPURA, 1 FEB – Singapura telah menahan seorang lelaki berusia 18 tahun, menuduhnya menyokong kumpulan Islamic State (IS) dan merancang untuk melakukan serangan-serangan, kata pegawai-pegawai keselamatan hari ini.

    Muhammad Irfan Danyal bin Mohamad Nor, seorang pelajar Singapura, telah ditahan pada Disember di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara, yang membenarkan penahanan
    tanpa bicara sehingga dua tahun.

    Dia menjadi radikal selepas melihat propaganda kumpulan IS dalam talian, kata pihak ber-kuasa dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa dia mahu menggunakan media sosial untuk mengumpulkan pejuang-pejuang untuk melakukan serangan di Singapura. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda