Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja UK dipenjara seksa dua anak kucing hingga mati

    LONDON, 5 OGOS – Seorang hakim United Kingdom (UK) kelmarin menjatuhkan hukuman penjara setahun dan sembilan bulan secara berasingan kepada dua remaja berusia 17 tahun – seorang lelaki dan seorang perempuan – kerana menyeksa dan membunuh dua ekor anak kucing.

    Remaja lelaki itu juga ingin membunuh manusia dan mengkaji bagaimana melepaskan diri daripada pembunuhan, menurut pendakwa raya. Dua ekor anak kucing ditemui dikerat dengan tali diikat di badannya di sebuah taman di barat laut London Mei lalu.

    Cebisan daging dan bulu kedua-dua anak kucing kelihatan terbakar. Polis turut menemui pisau, sumpit dan gunting di tempat kejadian.

    Kedua-dua remaja itu mengaku bersalah mempunyai pisau dan menyebabkan penderitaan kepada haiwan itu.

    Hakim daerah, Hina Rai berkata, “Pembunuhan itu tidak syak lagi merupakan kesalahan paling mengerikan terhadap haiwan yang saya dengar di mahkamah ini.”

    Tindakan yang dilakukan oleh remaja lelaki itu telah dirancang dengan teliti,” kata hakim, dengan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan di pusat tahanan remaja.

    “Saya teringin untuk membunuh seseorang. Setiap hari saya mengkaji cara-cara melepaskan diri daripada perbuatan bunuh,” menurut nota yang ditemui pada telefon remaja itu.

    “Saya telah membunuh kucing untuk mengurangkan keinginan saya,” tambahnya.

    “Tindakannya menunjukkan beberapa tahap perancangan dalam mencari haiwan itu, kemudian membawanya ke tempat awam dan membunuhnya dengan cara yang sadis,” beritahu pendakwa Valerie Benjamin kepada mahkamah. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda