Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rembatan Biraghi bawa kemenangan Fiorentina

    ROME, 28 FEB — Pemain bek sayap Fiorentina, Cristiano Biraghi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pantas di bahagian tengah laman sendiri yang menyebabkan penjaga gol Hellas Verona, Lorenzo Montipo hilang kawalan semasa minit terakhir kemenangan 3-0 perlawanan Serie A semalam.

    Dengan rakan sepasukan Rolando Mandragora masih terbaring di atas padang perlawanan selepas dikasari dan dengan pemain Verona cuba membantunya bangun, Biraghi melangkah dan melepaskan rembatan kencang yang melayang melepasi Montipo yang cuba mengikutinya.

    Dengan jarak 57.91 meter, tiada seorang pun dalam Serie A telah menjaringkan gol dari jarak yang lebih jauh sejak 2013 apabila Facundo Roncaglia meledak gol dari jarak 61.48 meter juga ketika Fiorentina menentang Napoli.

    Antonin Barak dan Arthur Cabral meletakkan Fiorentina di hadapan sebelum rehat ketika kelab Tuscan itu menambah momentumnya selepas layak ke pusingan 16 Liga Persidangan Europa.

    Fiorentina naik ke tangga ke-12 manakala Verona kekal di tangga ke-18 dan berada dalam zon penurunan.

    Selain itu, Lazio naik ke tempat keempat dan tempat terakhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0 ke atas Sampdoria.

    Pemain tengah Lazio, Luis Alberto menjaringkan gol pada minit ke-80 dari sudut gawang.

    Pemain Fiorentina, Cristiano Biraghi (kanan) meraikan gol kemenangan semasa perlawanan bola sepak Serie A antara Hellas Verona dan Fiorentina di Stadium Marcantonio Bentegodi di Verona, Itali, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda