Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Rembatan deras Almada bawa Argentina hampir ke Piala Dunia

    MONTEVIDEO, 23 MAC – Argentina semakin hampir untuk memastikan kelayakan ke Piala Dunia 2026 selepas jaringan luar biasa Thiago Almada memberikan kemenangan 1-0 ke atas Uruguay dalam aksi kelayakan di Montevideo baru-baru ini.

    Juara dunia itu kelihatan bakal terikat tanpa jaringan selepas perlawanan sengit menentang pasukan Uruguay yang sebelum ini menewaskan mereka 2-0 di Buenos Aires dalam pusingan kelayakan.

    Namun, Argentina berjaya meraih tiga mata penuh dengan satu detik keajaiban yang mengejutkan penonton di Estadio Centenario, Montevideo.

    Almada, pemain tengah menyerang berusia 23 tahun, mengawal bola di luar kotak penalti sebelum melepaskan rembatan deras ke sudut atas gawang, menewaskan penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet, yang hanya mampu melihat bola menerjah jaring.

    Satu-satunya kekurangan dalam aksi mantap Argentina adalah kad merah yang diterima Nicolas Gonzalez pada waktu kecederaan selepas melakukan kekasaran terhadap pemain pertahanan Uruguay, Nahitan Nandez.

    Aksi Julian Alvarez (kiri), dan pemain Uruguay, Mathias Olivera, berebut bola dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 di Montevideo, Uruguay, pada Jumaat, 21 Mac. – AP

    Namun, insiden itu tidak mencemarkan kemenangan skuad bimbingan Lionel Scaloni, yang memuji pasukannya kerana berjaya mengatasi ketiadaan Lionel Messi akibat kecederaan.

    “Bagaimana saya boleh tidak berpuas hati?” kata Scaloni selepas perlawanan. “Bukan hanya kerana keputusan, tetapi kerana usaha yang mereka berikan. Kepuasan itu datang daripada hakikat bahawa pasukan telah bermain dengan sempurna.

    “Apabila seorang pemain tidak dapat bermain, ada pemain lain yang menggantikannya (…) kami mempunyai skuad yang cukup kuat untuk beraksi dengan yakin di atas padang.”

    Kemenangan ini bermakna Argentina boleh menjadi pasukan pertama dari Amerika Selatan yang layak ke Piala Dunia 2026, yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico, sekiranya mereka menewaskan musuh tradisi, Brazil, di Buenos Aires pada Selasa.

    Argentina kini mendahului saingan kelayakan Amerika Selatan dengan 28 mata daripada 13 perlawanan, enam mata di hadapan Ecuador di tempat kedua, manakala Brazil berada di tangga ketiga dengan 21 mata. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...