Remdesivir tak berkesan rawat COVID-19

PARIS, 20 NOV – Ubat Remdesivir tidak harus digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 tidak kira betapa serius penyakit mereka kerana ia tidak mempunyai ‘kesan’ ke atas peluang hidup, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Menyentuh satu daripada beberapa rawatan yang telah menunjukkan kesan awal yang positif dalam pesakit tenat, Garis Panduan Kumpulan Pembangunan (GDG) pakar antarabangsa WHO berkata ‘tidak adanya bukti berdasarkan data yang ada sekarang yang menunjukkan ia mempertingkat keputusan rawatan penting pesakit.’

Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan negara lain telah memberikan kelulusan sementara untuk penggunaan Remdesivir selepas penyelidikan awal menunjukkan ia mungkin memendekkan masa pemulihan dalam sesetengah pesakit koronavirus. Presiden Donald Trump dirawat dengan Remdesivir bersama ubat lain selepas beliau diuji positif dijangkiti COVID-19 pada Oktober.

Cadangan WHO pada hari ini adalah berdasarkan empat percubaan rambang antarabangsa di kalangan lebih 7,000 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan virus itu.

Menerbit panduan rawatan terkini dalam jurnal perubatan BMJ, panel mengakui cadangan mereka tidak bermakna Remdesivir tidak mempunyai faedah kepada pesakit. – AFP