Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remy Ishak masuk hospital 4 hari akibat denggi

    Selepas empat hari menerima rawatan akibat terkena jangkitan denggi, pelakon Datuk Remy Ishak akhirnya dibenarkan pulang.

    Kata Remy atau Mohamad Zalimei Ishak, 42, ini merupakan tempoh paling lama dia dimasukkan ke hospital akibat sakit.

    Aktor ini juga memberitahu dia tidak sabar untuk bertemu anak lelakinya iaitu Tuah Alam apabila dibenarkan pulang ke rumah.

    “Lama kali ini saya check-in. Perkara pertama nak buat adalah jumpa anak saya Tuah,” katanya.

    Remy berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya kelmarin.

    Difahamkan pelakon berkenaan mula menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Rabu.

    Atas nasihat doktor, Remy perlu mengambil tempoh rehat buat seketika. Malah dia juga terpaksa menangguh untuk ke lokasi penggambaran sebuah drama sehingga keadaan stabil. – Agensi

    Remy teruja mahu berjumpa anaknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda