Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remy tidak gentar cari kelainan

    Pelakon perlu berani keluar dari zon selesa dan sentiasa mencabar diri mempelbagaikan watak untuk membuktikan keupayaan sebenar.

    Lebih sedekad mencipta nama, Remy Ishak, 37, mengakui dia berusaha memberi kelainan dalam lakonan untuk membawa bakatnya berada tahap sekarang. Mula menyerlah menerusi drama Nur Kasih pada 2009, Remy berkata, dia juga terbuka menyahut cabaran untuk memperkukuhkan portfolio kerjaya seninya.

    “Memang pada awal kemunculan, saya lebih sinonim dengan watak romantik, namun saya tidak mahu selamanya selesa dengan karakter sebegitu. Jadi, saya beranikan diri membawa watak yang mencabar kemampuan, sekali gus membuktikan saya sebagai pelakon serba boleh.

    “Alhamdulillah, saya terharu apabila penerbit dan pengarah semakin mempercayai bakat saya. Menjadi pelakon, saya tidak mahu penonton melihat saya hanya mampu membawa watak romantik atau menjaga rupa semata-mata,” katanya.

    Antara watak yang membawa Remy keluar zon selesa adalah menerusi telefilem Sabar yang memegang peranan sebagai tukang jahit dari Bangladesh, selain menjadi orang miskin.

    Remy ditemui pada majlis pelancaran drama Ombak Rindu The Series, baru-baru ini. Menerusi drama arahan Osman Ali itu, Remy berpasangan dengan Izara Aishah, selain Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela dan Adam Corrie.

    Mengenai lakonannya dalam drama yang bersiaran di iflix, Remy berkata, konflik dilalui watak Hariz iaitu suami Izzah, lakonan Izzara menuntut emosi yang kuat.

    Remy berkata, dia juga sering ditanya mengenai batasan ketika melakukan aksi mesra, memandangkan drama itu diangkat daripada novel sarat babak romantik. – Agensi

    Lebih sedekad mencipta nama, Remy Ishak mengakui dia berusaha memberi kelainan dalam lakonan untuk membawa bakatnya berada tahap sekarang. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda