Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Renee Blair trauma selepas bersalin

    Penyanyi, Renee Blair, 31, tampil mendedahkan pengalamannya berdepan detik cemas apabila kehilangan kira-kira 2 liter darah dalam badan ketika melahirkan cahaya mata sulungnya baru-baru ini.

    Berkongsi pengalaman itu di Instagram, Renee memaklumkan berdepan serangan panik sementelah melihat dirinya yang pucat lesu gara-gara keadaan tersebut.

    “Bagi yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, saya, dua jam selepas melahirkan anak hilang darah kira-kira 2 liter dan terpaksa menjalani pemantauan rapi bagi memastikan keadaan terkawal.

    “Boleh kata, saya hilang hampir separuh kuantiti darah dalam badan. Saya hampir mengalami serangan panik apabila melihat keadaan diri saya yang pucat dan keletihan selepas melalui fasa mencabar itu,” tulisnya di Instagram.

    Blair mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Jordan Schmidt pada September tahun lepas. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

    Renee Blair trauma, hilang dua liter darah ketika melahirkan. – Agensi

    Dalam perkongsian sama, Blair memaklumkan keadaannya semakin baik dan dia kini dalam proses pemulihan.

    “Jujurnya, pengalaman itu memang menakutkan.Tetaphidup perlu diteruskan.

    “Saya kumpul kekuatan saban hari.

    “Tubuh kita memberitahu kita bila perlunya untuk memperlahankan keadaan, semua itu terpulang sama ada kita benar-benar mengambil perhatian atau sebaliknya.

    “Saya lemah dalam perkara itu. Kehamilan ini benar-benar mengajar saya tentangnya,” tulisnya lagi. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Salman Khan akui silap sendiri punca gagal dalam percintaan

    Pelakon Salman Khan mengaku dirinya menjadi punca kegagalan hubungan...

    Yoon Eun Hye nyaris buta disimbah asid

    Pelakon Korea, Yoon Eun Hye mendedahkan pengalaman hitam ketika...

    Ada sebab tak balik rumah selama 9 bulan – Linda Hashim

    Pelakon Linda Hashim akhirnya mendedahkan punca sebenar dirinya tidak pulang...

    Epidura bukan sekadar ‘ubat bius’ bersalin, turut digunakan bagi pembedahan lain

    KUALA LUMPUR - Isu penggunaan anestesia epidura dalam kalangan...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...