Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Renjer hutan dilengkapi senjata banteras pembalakan haram

    BANDA ACEH, INDONESIA, 9 JAN – Renjer-renjer hutan di wilayah Aceh, Indonesia akan dilengkapi dengan senjata bagi memerangi pembalakan haram, kata para pegawai agensi persekitaran hari ini.

    Rantau yang diselubungi hutan di pinggir pulau Sumatera kehilangan kira-kira 32,000 hektar daripada dua juta hektar hutan setiap tahun akibat pembasmian hutan, termasuk aktiviti pembalakan haram, kata pihak berkuasa.

    Namun risiko memerangi elemen jenayah telah memuncak dengan ramai pembalak sekarang membawa senjata api, kata ketua agensi persekitaran Aceh, Syahrial.

    “Ditugaskan di dalam hutan tanpa senjata api bukan saja berisiko namun juga tidak efektif apabila anda berdepan pembalak haram (yang biasanya memiliki senjata),” tambahnya.

    Kira-kira 120 renjer akan diberikan pistol, raifal dan amunisi pada harga sekitar 1.39 bilion rupiah (AS$93,500), kata Syahrial. – AFP

    Renjer ketika meronda hutan Leuser di Subulussalam, wilayah Aceh pada 9 Januari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda