SYDNEY, 29 APRIL – Bakal jurulatih Wallabies, Dave Rennie berkata dia kekal komited untuk menyertai Wallabies, meskipun perbalahan memaksa ketua eksekutif Ragbi Australia, Raelene Castle keluar pada minggu lalu.
Castle memainkan peranan penting dalam membawa Rennie menjadi jurulatih kepada pasukan Australia Test yang sedang bergelut tetapi Castle berhenti dari badan pengurusan tersebut selepas kempen yang menerima banyak kritikan.
Jurulatih berasal dari New Zealand, Rennie berkata dia ‘kecewa’ dengan pemergian Castle tetapi ia tidak menghalangnya dari mengambil alih pasukan Wallabies apabila dia menghabiskan kontraknya bersama Glasgow Warriors.
“Dia memainkan peranan besar bagi saya memutuskan untuk menandatangani bersama Australia,” Rennie memberitahu wartawan Britain.
“Saya sangat tertarik dengan caranya. Dia mempunyai rancangan yang jelas untuk beberapa tahun yang akan datang, jadi saya sangat kecewa.”
Rennie memuji ‘maruah dan kelas’ yang ditunjukkan Castle apabila dia menamatkan jawatannya dengan beberapa siri krisis dan masalah kewangan yang semakin meningkat yang disebabkan oleh koronavirus.
Jurulatih, yang memimpin Waikato Chiefs ke kejuaraan Super Ragbi berganda pada tahun 2012 dan 2013 sebelum berpindah ke Eropah, berkata dia telah bercakap dengan pihak lembaga Ragbi Australia mengenai rancangan selepas era Castle.
“Saya masih sangat komited dan telah melakukan banyak kerja dan persiapan untuk bila musim baharu akan tiba,” katanya.
Walau bagaimanapun, landasan yang dipandu oleh Rennie apabila dia mengambil alih kekal menjadi sesuatu yang tidak menentu.
Dia sebelum ini sepatutnya akan memulakan dua ujian siri di tempat sendiri menentang Ireland pada bulan Julai, di mana Ragbi Australia mengakui ‘tidak mungkin’ dilanjutkan kerana sekatan virus.- AFP