Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rentak regu Djokovic sumbang

    TOKYO, 30 SEPT – Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic yang dipaksa keluar dari Terbuka AS akibat kecederaan bahu mengalami kekalahan beregu di Terbuka Jepun hari ini tetapi menampakkan kecederaannya semakin pulih.

    Bruno Soares dari Brazil dan Mate Pavic dari Croatia mengalahkan bintang Serbia berusia 32 tahun itu dan rakan senegaranya Filip Krajinovic 6-2, 4-6, 10-4 untuk maju ke suku akhir.

    Pakar beregu itu terselamat daripada servis kencang Djokovic dengan tindakan pantas mereka mengalahkan pukulan berani regu dari Serbia itu.

    Pilihan utama Djokovic akan membuat penampilan perseorangan di Jepun Selasa ini menentang Alexei Popyrin, seorang pemain berusia 20 tahun Australia di Ariake Coliseum yang menjadi venue Olimpik Tokyo 2020.

    Pencabar utama beliau dalam acara Jepun nanti ialah pilihan kedua Borna Coric dari Croatia dan pilihan ketiga dari Belgium David Goffin. – AFP

    Pemain Brazil, Bruno Soares (dua kiri) dan pemain Croatia, Mate Pavic (dua kanan) berjabat tangan dengan Djokovic (kiri) dan Krajinovic (kanan) selepas memenangi acara beregu Terbuka Jepun di Tokyo, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda