KOTA BHARU – Meskipun sudah 36 tahun meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semangat juang dan kecintaan terhadap tanah air masih membara dalam jiwa Zahari Abdullah, 69, membuatkan beliau tidak pernah gagal untuk mengibarkan Jalur Gemilang se-tiap kali tibanya Hari Kebangsaan. Menariknya, bersama isteri Tuan Yah Tuan Ya, 62, mereka sepakat membelanjakan kira-kira RM600 bagi membeli 500 Jalur Gemilang pelbagai saiz