Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rentang harapan dari sebuah kesedihan

    Kepada sidang pengarang dan para pembaca setia ruangan curhat, baru-baru ini aku lebih gemar untuk meluangkan masa bersendirian bukan dek semata ingin menikmati keheningan sunyinya suasana, melainkan kerana kesedihan yang melanda hati ini.

    Untuk pengetahuan, sebulan yang lalu, kakakku, yang juga sahabat sekaligus pemberi semangat hidupku, telah pergi meninggalkan kami semua dalam keluarga, lebih tepatnya kembali ke rahmatullah setelah bertarung melawan penyakit yang tak kunjung usai.

    Kesedihan ini terasa begitu memeritkan, sebuah kesakitan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

    Namun, di tengah-tengah lara, aku mulai merenung dan menyedari bahawa dalam setiap kesulitan hidup terdapat sekelumit harapan yang tumbuh.

    Kakakku, dengan segala keberaniannya dan cinta kasihnya, selalu mengajarkanku dan kelapan-lapan adik beradik yang lain untuk kekal positif dalam setiap keadaan.

    Gambar Freepik

    Untuk siapa pun yang saat ini tengah dilanda kesedihan, izinkan aku untuk berkongsi pandangan bahawa dalam setiap kesedihan, terdapat kesempatan untuk kita menjadi lebih kuat.

    Nasihatku juga, anggap saja kehilangan seseorang yang kita sayangi itu menjadi pembakar semangat untuk terus reda dan lebih menghargai apa yang ada saat ini sebelum ianya hilang selama-lamanya.

    Hayrolz

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih atas perkongsian kisah saudara Hayrolz di ruangan khas ini bersama kami.

    Saya turut merasakan kesedihan yang mendalam atas pemergian kakak saudara.

    Memang, kehilangan orang yang kita cintai selalu meninggalkan luka yang mendalam.

    Namun, dari kisah saudara, terlihat jelas bahawa kakak saudara telah meninggalkan warisan berharga berupa keberanian dan cinta kasih yang tidak terukur.

    Saya ingin mengajak saudara untuk memanfaatkan waktu yang ada dalam proses berkabung ini dengan bijaksana.

    Berkongsi perasaan dengan orang-orang terdekat dapat sangat membantu.

    Menciptakan kebiasaan atau aktiviti baharu yang dapat mengingatkan saudara pada nilai-nilai positif yang ditanamkan oleh arwah kakak awda dapat menjadi salah satu cara untuk mengekalkan warisannya tetap hidup.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...