Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Rentas negeri, jangan lupa SOP’

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengadakan sidang media khas kelmarin jam 3 petang, telah dinantikan seluruh rakyat Malaysia.

    Ramai menjangkakan pengumuman itu membabitkan kebenaran aktiviti rentas negeri jika tahap vaksinansi lengkap seluruh negara mencapai 90 peratus seperti dalam kenyataan sebelum ini.

    Tidak terkecuali, beberapa selebriti negara yang turut menjangkakan perkara sama, namun berharap orang ramai akan terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

    Bagi penyanyi Wany Hasrita, dia mahu semua orang gunakan peluang diberikan dengan sebaik mungkin.

    “Andai dibolehkan rentas negeri, ayuh sama-sama gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Jangan terlalu gembira sampai lupa SOP. Nasihat saya, ambil langkah penjagaan sendiri sebelum pulang ke kampung dengan buat ‘self test kit’ dulu di rumah. Perlu diakui kita harus hidup bersama virus ini, jadi sentiasa peka jaga diri dan jaga SOP,” katanya.

    Wany Hasrita mahu semua orang sentiasa peka jaga diri dan jaga SOP. – Agensi

    Sementara itu, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa gembira jika pengumuman itu adalah kebenaran rentas negeri.

    “Sejujurnya, saya gembira dan dalam masa sama tetap risau. Saya percaya di sosial media sudah lama orang tunggu dan bertanya bila boleh rentas negeri. Kalau betul sidang media khas ini adalah pengumuman rentas negeri, saya harap semua orang jangan kelam kabut.

    “Apa pun sekarang ini terpulang pada kita. Kena pastikan jangan sia-siakan peluang ini. Kalau ada yang nak masih cuba langgar SOP kena fikir. Kita kena cuba tingkatkan semula ekonmi balik selepas hampir semua sektor dibenarkan beroperasi. Jadi, jangan ambil kesempatan pada peluang ini,” katanya.

    Senada dengan Wany dan Naim, penyanyi Khai Bahar juga berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP.

    “Kalau memang boleh rentas negeri Alhamduillah. Sebab semua tunggu saat ini. Cuma, kalau boleh jaga SOP. Malah, untuk keselamatan semua terutama ibu bapa dan keluarga yang kita nak jumpa,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda