Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rentas Semenanjung-Sabah-Sarawak bagi suami atau isteri perlu kebenaran polis

    PUTRAJAYA, 1 JUN – Suami atau isteri yang perlu merentas negeri dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya  untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing perlu mendapatkan kebenaran daripada polis terlebih dulu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata kebenaran merentas negeri untuk suami atau isteri yang diberikan kerajaan bukanlah secara automatik.

    “Sebelum suami atau isteri membeli tiket penerbangan (untuk merentas negeri di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak untuk bertemu pasangan dan keluarga) dapatkan kebenaran polis dulu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Perdana Putra di sini,  hari ini.  Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan, berkata Sarawak mengenakan syarat lebih ketat bagi pergerakan berdasarkan peraturan yang diwartakan sebelum ini.

    “Untuk Sarawak rentas daerah pun tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran polis,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda