Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Rentetan kemenangan ke-5 Clippers benam OKC

    LOS ANGELES, 11 APRIL – Amir Coffey mempunyai karier tertinggi dengan 32 mata dan 13 rebound, apabila Los Angeles Clippers menewaskan Oklahoma City Thunder 138-88 pada malam kelmarin untuk menamatkan musim biasa dengan lima kemenangan berturut-turut.

    Clippers menamatkan perlawanan dengan 42-40, satu pencapaian besar selepas bermain sepanjang musim tanpa pemain superstar, Kawhi Leonard yang mengalami kecederaan dan Paul George yang hanya kembali baru-baru ini selepas terlepas 43 perlawanan kerana kecederaan siku.

    Pasukan Clippers mengetepikan George dan Reggie Jacksin, manakala Norman Powell diketepikan untuk penyelenggaraan selepas kembali daripada kecederaan kaki kiri pada awal minggu lalu. Sementara itu, Marcus Morris pula sedang sakit. Namun, mereka menyamai rentak kemenangan kedua terpanjang mereka pada musim ini dalam persediaan untuk kejohanan play-in yang bakal berlangsung pada minggu ini.

    Coffey memakai tali pinggang kejuaraan bertulis ‘Big Moment Fella’ di dadanya selepas perlawanan tersebut.

    “Saya akan tidur sebelahnya malam ini,” katanya. ‘Saya sentiasa menjadi seorang pemain yang cuba kekal pada masa ini, tetapi melihat kembali beberapa tahun kebelakangan ini dengan perkembangan saya, ia adalah perasaan yang baik. Saya perlu terus bekerja keras, saya baru sahaja bermula.”

    Sementara itu semasa perlawanan tersebut, Luke Kennard telah menambah 20 mata, Brandon Boston Jr menjaringkan 18 mata dan Ivica Zubac memperoleh 12 mata dan 11 rebound untuk Clippers, yang mempunyai margin kemenangannya adalah yang terbesar dalam sejarah francais. Kesemua sembilan pemain mereka menjaringkan mata dan pasukan tersebut membuat sebanyak 18 jaringan three-point.

    Pasukan Thunder terhuyung-hayang hingga ke masa penamat. Tiga daripada lima pemain utama mereka bermain dalam kontrak 10 hari dengan kebanyakan pemain yang tersenarai mengalami kecederaan. Mereka telah tewas tiga kali berturut-turut dan lima daripada tujuh perlawanan terakhir untuk menamatkan musim tersebut. – AP

    Aksi Amir Coffey membuat jaringan ketika Jaylen Hoard berusaha mempertahankannya semasa separuh masa kedua perlawanan NBA di Los Angeles, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...