Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reriang bermata biru ditemui di Chicago

    LISLE, 26 MEI – Ahli Hortikultur Kanan The Morton Arboretum, Kate Myroup tiba di Taman Kanak-kanak bersama tetamu istimewa, iaitu seekor reriang betina Magicicada cassini yang jarang ditemui dengan mata berwarna biru, ditemui oleh seorang pengunjung pada hari itu.

    Beberapa orang yang bertuah dapat melihat reriang pada Jumaat di arboretum di Lisle, Illinois, sebelum dilepaskan kembali ke habitat di pinggir bandar Chicago untuk menyertai saudaranya yang bermata merah, rupa yang lebih biasa bagi kebanyakan spesies reriang, ketika musim reriang 2024 bermula.

    Apabila kurungannya dibuka, reriang betina bermata biru itu terbang ke sebatang pokok.

    Serangga unik itu kemudian terbang ke bawah dan mendarat di seluar Stephanie Adams, ketua penjagaan kesihatan tumbuhan. Pengunjung muda yang teruja segera mengambil gambar.

    “Kehadirannya di pokok kelihatan seperti cereka sains. Pemandangan yang sungguh unik,” kata Adams. – AP

    Seekor reriang bermata biru hinggap di atas bunga di Morton Arboretum di Lisle pada 24 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda