Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Resepi masakan Korea

    Negara Korea terkenal dengan k-pop dan dramanya di seluruh dunia. Banyak lagu-lagu daripada Korea telah mendapat kedudukan nombor satu di stesen radio.

    Tetapi yang lebih menarik lagi, makanan Korea juga terkenal dengan masakannya yang menyelerakan.

    Sekarang, untuk memudahkan anda merasa masakan korea, anda boleh memasaknya sendiri dengan resepi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!

    Tteokbokki

    Bahan-bahan rice cake

    1. 1 cawan tepung beras pulut
    2. 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu teh garam (larutkan)

    Cara membuat

    1. Gaul seminit dua. Gunakan mangkuk bersih, tepung tidak lekat di tangan. Kalau lekat juga, tabur sikit tepung pulut smpai dapat lembut boleh gaul. Kalau berderai, basahkan jari, gaul lagi.

    2. Tabur tepung pulut atas permukaan tempat tadi.

    3. Bahagikan enam bahagian.

    4. Sebelum digaul, Sediakan tiga cawan air dalam periuk dan panaskan. Letak satu sudu minyak dalam air. Ambil satu utk digaul. Tutup bakinya dengan kain bersih lembab. Gaul smpai semua siap.

    5. Kemudian potong kecil-kecil. Masa ni pastikan air sudah mendidih.

    6. Rebus dalam air tadi hingga tepung itu tenggelam. Terus ambil dan toskan.

    7. Tidak perlu rebus lama-lama nanti kembang dan tak sedap. Simpan air rebusan satu sudu besar.

    Bahan sos

    1. 1 sudu besar Gochujang
    2. 1 sudu besar sos cili
    3. 1 sudu besar sos tomato
    4. 1 ulas bwg putih cincang halus
    5.1 sudu teh gula perang
    6. 1/4 sudu teh minyak bijan
    7. Sediakan 1 sudu besar air rebusan tadi
    8. Garam secukup rasa

    Kalau tidak jumpa sos gochujang, boleh ditukar dengan :

    1 senduk sos cili
    1 senduk sos tomato
    1 sudu teh cuka
    1/2 sudu teh garam
    1 sudu teh serbuk cili
    1 sudu teh kicap karamel / pekat / gula perang

    Cara membuat

    1. Panaskan kuali, masuk 1 sudu minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan sosej / fish cake.

    2. Kemudian masukkan semua bahan lain. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan kek beras tadi. *Kalau suka kering tidak perlu.

    3. Taburkan bijan sangai dan terus hidangkan.

    Jjajangmyun

    Bahan-bahan

    600 gram mie basah

    100 gram daging lembu

    2 biji bawang bombai

    Separuh timun

    2 biji kentang

    1 sudu besar gula pasir

    4 sudu besar air sagu

    2 gelas air

    7 sudu besar minyak

    6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang (boleh didapati di wallmart korea)

    Cara membuat sos jjajangmyun :

    Sos jjajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Timun dan daging merah atau makanan laut.

    Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi kental.

    Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar).

    Oleh kerana itu, jajang mengandungi sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.

    Cara-cara membuat jjajangmyun :

    Potong daging.

    Potong dadu bawang bombai, kentang, dan timun.

    Goreng sos Jajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak.

    Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai.

    Kemudian masukkan daging lembu, timun, dan kentang.

    Setelah bahan-bahan itu kelihatan masak masukkan sos yang sudah digoreng.

    Kacau supaya sama rata lalu tuangkan air sagu.

    Setelah dididihkan selama 5 minit mati kan api dapur.

    Rebus mee dan tos kan air.

    Sediakan mee dalam mangkuk.

    Tuang kuah/sos jjajangmyun ke atas nya dan hidang.

    Daging bulgogi

    Bahan-bahan

    1. 500g daging (hiris nipis)
    2. 5 ulas bawang putih (dihiris)
    3. 1 1/2 inci halia (dihiris)
    4. 1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
    5. 1 sudu kecil cuka
    6. 3 sudu besar gula
    7. 4 sudu besar kicap manis
    8. 1 sudu besar sos lada hitam
    9. 1 sudu kecil sos soya
    10. 1 sudu besar minyak bijan
    11. 1 sudu kecil cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
    12. sedikit garam

    Bahan hiasan

    daun bawang (hiris panjang dalam 2 cm)
    bijan (sangai)

    Cara-cara membuatnya

    1) Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan.kacau rata.

    2) Masukkan daging.kacau sampai semua daging bersalut

    3) Perap 3 jam.

    4) Guna nonstick kuali bakar letak sekeping sekeping.masukkan skali bawang yg dihiris masa bakar.

    5) Tabur daun bawang dan bijan. sedap dimakan dengan nasi panas2.

    Ramen Korea

    Bahan-bahan

    1. 3 batang sawi hijau (potong-potong)

    2. 100g daging

    3. 2 ulas bawang putih (Cincang halus)

    4. 1 sudu makan sos sambal

    5. 1 sudu makan kicap

    6. 1 sudu makan minyak ikan

    7. 1 sudu makan minyak bijan

    8. 1 sudu makan minyak goreng

    9. 1/4 sudu teh lada serbuk

    10. 1/2 sudu teh cili merah serbuk

    11. 1cm halia (haluskan)

    12. 5 lada merah (haluskan)

    13. 2 lada merah besar (haluskan)

    14. Garam secukup rasa

    15. 600ml pati ayam

    16. 1 sudu teh tepung gandum (larutkan dengan sedikit air)

    17. Telur rebus

    18 Cendawan

    19. Bawang perai yang dihiris halus

    20. 200 gram magi/ramen

    Cara Membuat :

    1. Tumis bumbu (perencah) dengan minyak goreng dan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum.

    2. Masukkan daging ke dalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna.

    3. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung gandum yang sudah dilarutkan dengan air. Tunggu hingga mendidih.

    4. Masukkan magi ramen ke dalam kuah, kacau.

    5. Tuangkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda