Bahan-bahan:
1 liter air
Agar-agar tali 20g dibahagi 3 (letak 1 bahagian saja)
1 liter susu kotak full cream
Gula
Garam
Buah mangga segar dipotong dadu
Sirap mangga
Cara memasak:
Masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air. Tunggu agar-agar betul-betul hancur dan larut dan kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Setelah agar-agar yang dimasak tadi hancur barulah masukkan susu kotak full cream 1 liter. Tunggu sampai meruap dan padamkan api. Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu sebentar untuk membiarkannya memejal. Sebagai topping puding susu ini, campurkan mangga yang dipotong dadu dengan sirap perisa mangga dan tidak perlu dimasak. Selepas itu letakkan campuran buah mangga dengan sirap tadi ke dalam agar-agar susu yang dibuat awal. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba. – Agensi