Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Resepsi sambut Hari Kebangsaan Thailand

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam kelmarin memperingati Hari Kebangsaan Thailand yang diraikan setiap 5 Disember dengan majlis resepsi yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan isteri.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai dalam ucapannya berkata, 5 Disember merupakan tarikh yang penting bagi Thailand kerana ia bukan sahaja hari kebangsaan negara tersebut malah Hari Keputeraan Mendiang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej serta Hari Bapa Thailand.

    Oleh itu, Puan Yang Terutama menzahirkan perasaan gembira dan berbesar hati dapat mengadakan majlis resepsi berkenaan setelah empat tahun disebabkan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia.

    Menyentuh mengenai hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan
    Thailand, Puan Yang Terutama berkata bahawa kerjasama rapat kedua-dua buah negara terjalin melalui pelbagai bidang termasuklah dalam bidang agrikultur, pendidikan, pertahanan, kesihatan dan perdagangan.

    Beliau turut mengongsikan keterujaannya apabila berpeluang berjumpa dengan beberapa pemimpin di negara ini yang terlibat dalam bidang perniagaan yang menjalin kerjasama bersama rakan kongsi Thailand bagi pengembangan perdagangan dan pelaburan.

    Di samping itu, beliau turut berbesar hati menyaksikan ramai dalam kalangan rakyat di negara ini yang juga berminat untuk mempelajari dan mengetahui lebih dalam mengenai budaya Thailand termasuklah dalam bahasa, seni bela diri yang juga dikenali sebagai Muay Thai dan makanan Thailand.

    Majlis resepsi berkenaan turut menyaksikan majlis penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh PYT Boosara Kanchanalai kepada tetamu kehormat majlis yang disusuli dengan acara memotong kek dan bergambar ramai.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan isteri serta PYT Boosara Kanchanalai semasa nyanyian lagu kebangsaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...