Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Resepsi sempena Hari Kebangsaan Thailand

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Bersempena Hari Kebangsaan Thailand, Kedutaan Thailand di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di Royal Berkshire, Jerudong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan isteri.

    Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan doa dan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara.

    Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai.

    Beliau berkata tanggal 5 Disember merupakan tarikh yang penting bagi Thailand kerana ia bukan sahaja hari kebangsaan negara berkenaan malah Hari Keputeraan mendiang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej serta Hari Bapa Thailand.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda dan isteri memotong kek Hari Kebangsaan Thailand bersama PYT Boosara Kanchanalai pada majlis yang diadakan baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Dalam ucapan, Puan Yang Terutama juga berbesar hati dapat meraikan 40 tahun hubungan diplomatik antara Brunei Darussalam dan Thailand pada majlis tersebut.

    Puan Yang Terutama menyentuh mengenai hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand, serta kerjasama rapat kedua-dua buah negara melalui pelbagai bidang termasuk bidang agrikultur, pendidikan, pertahanan, kesihatan dan perdagangan menerusi program pertukaran, pemeteraian memorandum persefahaman dan promosi hubungan antara kedua-dua buah negara.

    Selain itu, bidang kerjasama lain yang terus diperkukuh termasuk mesyuarat industri halal, keselamatan makanan dan tenaga.

    Majlis resepsi berkenaan turut menyaksikan majlis penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh PYT Boosara Kanchanalai kepada tetamu kehormat majlis.

    Majlis diteruskan dengan acara memotong kek dan sesi bergambar ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda