Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Resepsi ulang tahun kebangsaan Qatar

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Sempena Hari Kebangsaan Qatar yang disambut setiap tahun pada 18 Disember, Kedutaan Besar Qatar malam ini mengadakan majlis resepsi yang diadakan di Dewan Royal Berkshire, Tarindak D’Polo, Jerudong.

    Slogan untuk Hari Kebangsaan Qatar sempena ulang tahun ke-33 tahun ini adalah Together We Rise melambangkan ketahanan, kemajuan dan visi bersama Qatar untuk masa depan.

    Ia merangkumi komitmen negara ini terhadap perpaduan, keterangkuman dan pertumbuhan yang berterusan sambil membina pencapaian di pelbagai sektor, termasuk pendidikan, teknologi, dan kelestarian.

    Hadir mewakil kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam ialah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Sementara itu, mewakili Negara Qatar ialah Kuasa Usaha Sementara Qatar ke Brunei Darussalam, Saeed Mansour Al-Qahtani.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim dan Saeed Mansour Al-Qahtani bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Majlis resepsi ini memperkuatkan lagi hubungan diplomatik antara Negara Qatar dan Brunei Darussalam yang berkembang menjadi satu perkongsian yang harmoni.

    Sejak 2 Oktober 1991, hubungan ini telah berkembang pesat, ditandai dengan komitmen bersama ter-hadap pertumbuhan pelbagai bidang dan saling hormat menghormati.

    Selama bertahun-tahun, kedua-dua buah negara telah menandata-ngani pelbagai perjanjian kerjasama, memperkukuhkan kolaborasi dalam pelbagai bidang.

    Lawatan Al-Marhum Amir Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani ke Brunei pada Januari 2012 menjadi satu pencapaian penting, mengesahkan hubungan yang berterusan antara kedua-dua buah negara.

    Majlis resepsi terdahulu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara, diikuti dengan persembahan video dokumentari mengenai dengan pertumbuhan Qatar dan sesi memotong kek yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, dan Kuasa Usaha Sementara Qatar bersama-sama para jemputan khas daripada wakil Misi Negara Teluk yang ditauliahkan kepada Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda