Friday, May 16, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Resipi kebahagiaan rumahtangga

    JANGAN ingat makanan sahaja ada resipi. Rumahtangga juga perlukan adunan kasih sayang yang cukup, baru sedap rasanya!

    Indahnya perkahwinan yang dihiasi dengan cinta dan kasih sayang. Kemanisan berumahtangga menyedarkan diri betapa besarnya nikmat yang Allah berikan buat hamba-hambanya melalui kasih sayang. Hubungan suci yang terjalin ini memberi impak yang besar dalam kehidupan insan-insan yang melaluinya.

    Untuk mengekalkan sebuah perkahwinan, kita perlu kreatif mencipta resepi-resepi tertentu yang boleh diguna pakai dalam perhubungan, untuk memastikan setiap hari yang dilalui dalam perkahwinan memberi kebahagian buat kedua-dua individu yang melaluinya.

    Perkahwinan boleh diumpamakan seperti masakan, memerlukan rempah untuk membentuk rasa, memerlukan garam untuk perasa, memerlukan asam untuk sedikit rasa masam dan gula untuk memberi kemanisan dalam masakan. Tanpa bahan-bahan ini, maka hilanglah keenakan masakan itu.

    Begitu juga dengan perkahwinan, memerlukan kasih dan sayang untuk terus memekarkan cinta, memerlukan senda dan gurau untuk menambahkan lagi rasa dan warna dalam rumah tangga, memerlukan sedikit pertengkaran manja untuk menghangatkan lagi hubungan.

    Kegagalan rumah tangga biasanya berpunca daripada kurangnya komunikasi yang berkesan dalam hubungan. Perkahwinan memerlukan komunikasi untuk menyatakan perasaan cinta dan rindu. Komunikasi juga penting untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dalam rumah tangga. – Gambar hiasan
    Walaupun anda adalah wanita yang bekerjaya, cubalah memasak untuk keluarga anda. Walaupun masakan itu ringkas tetapi jika dimasak dengan hati yang ikhlas, ia tetap hidangan yang terbaik buat ahli keluarga. Buat wanita-wanita yang kurang mahir dalam masakan, mulalah belajar memasak dari sekarang, ingat ‘practice make perfect’. – Gambar hiasan

    Resepi kebahagiaan rumah tangga

    Anda boleh gunakan resepi-resepi yang berikut untuk merasai kebahagian dalam perkahwinan. Semoga resepi di bawah bermanfaat untuk digunakan dalam melayari alam berumah tangga. Bahagia sebuah perkahwinan itu terletak kepada cara pasangan itu melayarinya.

    1. Solat berjemaah

    Solat merupakan satu kewajipan buat hamba-hambanya. Dirikanlah solat, kerana solat itu merupakan tiang agama.

    Solat berjemaah lebih afdal daripada solat berseorangan. Suami merupakan imam buat isteri. Imamkanlah ahli keluarga anda sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Berjemaah itu sesungguhnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

    2. Masak dengan air tangan sendiri

    Orang tua-tua selalu berkata, ‘Hendak ikat suami, ikatlah perut dia’. Ini adalah resepi yang ibu-ibu kita amalkan. Mereka jadikan air tangan masakan mereka untuk mengikat suami mereka.

    Walaupun anda adalah wanita yang bekerjaya, cubalah memasak untuk keluarga anda. Walaupun masakan itu ringkas tetapi jika dimasak dengan hati yang ikhlas, ia tetap hidangan yang terbaik buat ahli keluarga.

    Buat wanita-wanita yang kurang mahir dalam masakan, mulalah belajar memasak dari sekarang, ingat ‘practice make perfect’.

    3. Beri kejutan

    Semua pasangan amat suka perkataan ini. Berilah kejutan buat pasangan anda untuk hari-hari istimewa anda berdua. Selain itu, cubalah buat pembaharuan dalam memberi kejutan. Berilah pasangan anda kejutan yang tidak terlintas di fikiran mereka.

    Kejutan juga tidak semestinya hanya untuk hari-hari istimewa, tapi jadikanlah hari-hari biasa anda berdua sebagai hari istimewa dalam hidup anda. Mulakanlah rancangan anda untu membuat kejutan buat pasangan anda.

    4. Beri perhatian dan jadi pendengar setia

    Beri perhatian kepada pasangan anda. Luangkan masa untuk bertanya tentang aktiviti-aktiviti seharian mereka. Kongsi setiap kegembiraan dan kesedihan mereka. Dengar keluhan mereka dan carilah jalan penyelesaian bersama.

    Jadilah pasangan yang prihatin terhadap setiap emosi pasangan anda. Mungkin ini perkara yang remeh bagi se-setengah orang tetapi setiap perkongsian dan perhatian itu akan membawa hubu-ngan anda ke satu tahap yang baharu.

    5. Sentuhan mesra

    Sentuhan merupakan jambatan yang menyambung hubungan emosi antara dua jiwa. Menyentuh pasangan anda mengalirkan cinta dan menyambung ikatan di hati. Sentuhlah pasangan anda dengan penuh kasih sayang. Sentuhan boleh dilakukan dalam keadaan santai.

    Pastikan anda menyentuh pasangan anda setiap hari. Jangan mengharap suami atau isteri yang perlu memulakan sentuhan.

    Jika suami tidak memulakan sentuhan, para isteri ambillah langkah pertama untuk menyatakan pada suami bahawa anda memerlukan sentuhan melalui perbuatan.

    6. Komunikasi dua hala

    Kegagalan rumah tangga biasanya berpunca daripada kurangnya komunikasi yang berkesan dalam hubungan. Perkahwinan memerlukan komunikasi untuk menyatakan perasaan cinta dan rindu. Komunikasi juga penting untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dalam rumah tangga.

    Setiap ketidakpuasan hati juga perlu disuarakan supaya tidak menjadi duri dalam hati. Luahkan segala-galanya melalui komunikasi. Belajarlah cara untuk berkomunikasi yang berkesan supaya kedua-duanya memdapat manfaat dan membawa kerukunan rumah tangga.

    7. Percutian

    Ada kalanya, isteri rasa bosan jika hanya duduk di rumah. Bila cuti sekolah sekalipun, asyik balik rumah emak atau emak mentua. Bagaikan tiada masa untuk diri sendiri.

    Apa kata masing-masing merancang dan merealisasikan percutian keluarga yang akan diingat sampai bila-bila. Tidak perlu sampai ke kota London atau Paris, negara kita ada banyak destinasi yang menarik untuk dikunjungi.

    Isteri akan lebih rasa dihargai kerana bebas daripada memikirkan soal kerja-kerja rumah, sambil menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi ombak laut.

    Punca mengapa kebahagiaan rumah tangga boleh musnah sekelip mata

    Pasangan mana yang mahu rumah tangga dan mahligai indah yang dibina musnah di tengah jalan?

    Seboleh-bolehnya suami apatah lagi isteri ingin menjaga keharmonian rumah tangga masing-masing. Kalau boleh, ayat bercerai itu mintalah dijauhkan!

    Semoga Tuhan sentiasa melindungi perkahwinan kita. Tapi, kita juga kena bijak menguruskan rumah tangga ini agar ia tidak kecundang. Semuanya memerlukan usaha kedua-dua pihak: suami dan isteri.

    Di sini, dikongsikan antara lima sebab utama mengapa sesetengah rumah tangga musnah dalam sekelip mata:

    1. Curang

    Kes curang memang antara punca utama mengapa rumah tangga seseorang boleh musnah. Ada banyak sebab kenapa seseorang yang sudah berkahwin boleh berlaku curang.

    Antaranya kerana nafsu. Namun, nafsu bukan saja penyebab kes ini. Ada pasangan memilih untuk berlaku curang kerana tidak pernah merasa puas, enggan bersama pasangan dan terlalu marah akan pasangan sendiri.

    2. Masalah kewangan

    Wang tidak boleh beli kebahagiaan. Tapi, wang boleh jadi punca pelbagai masalah juga. Antaranya ialah bercerai. Menurut laporan American Journal of Sociology, ramai pasangan mengambil keputusan untuk bercerai kerana suami tidak bekerja.

    Faktor ini didorong kerana tekanan tidak cukup sumber pendapatan. Malah, tekanan ini juga boleh mengakibatkan pergaduhan yang membawa kepada masalah ungkit-mengungkit.

    Pendapat yang berbeza tentang bagaimana pasangan berbelanja juga boleh memusnahkan rumah tangga dalam sekelip mata.

    3. Kurang berkomunikasi

    Apa faedahnya kita berkahwin dengan pasangan kalau tidak boleh nak berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain?

    Komunikasi antara pasangan adalah kunci utama dalam mencapai kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Pasangan yang kurang berkomunikasi akan semakin renggang dan boleh tercetus salah faham. Sebab itu mereka boleh bergaduh dan ingin bercerai.

    4. Tidak boleh kendali perbezaan

    Setiap pasangan ada cara masing-masing. Tapi apabila anda sudah berkahwin, perbezaan itu haruslah dikendali dengan sehabis baik. Terima perbezaan antara anda dan pasangan.

    Sekarang, perbezaan ini boleh jadi antara punca utama mengapa pasangan suami isteri tidak tahan di antara satu sama lain dan inginkan penceraian. Ini sering berlaku jika pasangan berkahwin terlalu cepat dan tidak sempat hendak mengenali hati budi masing-masing.

    Bila sudah kenal, sudah terlambat pula. Sebab itu kes penceraian meningkat. Perbezaan dalam menjaga anak juga boleh jadi punca!

    5. Tambah berat badan

    Memang nampak remeh, bukan? Tapi ini yang dijumpai oleh pakar! Menurut Men’s Health, pakar mendapati bahawa ramai pasangan mula menyampah dengan pasangan masing-masing apabila berat badan mereka bertambah.

    Terutamanya selepas tiga tahun berkahwin. Jadi, kalau anda tidak jaga badan anda sekarang, baik anda berusaha untuk menjaganya, mulai kini! Atau ajak suami atau isteri bersenam sama-sama. Bolehlah merapatkan hubungan anda.

    Semoga perkahwinan dan rumah tangga kita sentiasa dilindungi. Sama-samalah kita memperbaiki diri sendiri untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Lagipun, rumah tangga ini dibina oleh kita, juga? Kenapa kita ingin memusnahkannya? – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/