Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Resolusi ACT + Korea disepakati

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept- Ketua-Ketua delegasi dan Setiausaha Agung Luar Negeri bagi Persidangan ASEAN Council of Teachers + Korea (ACT + Korea) ke-39, mengadakan mesyuarat bagi memastikan persidangan berjalan dengan lancar dan tersusun yang berlangsung di Waterfront Cebu City Hotel, Filipina pada 19 hingga 21 September.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang DiPertua Philippine Public School Teachers Association, Dr Gilbert T. Sadsad.

    Pada mesyuarat berkenaan, Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Yang Dipertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri dan Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri) PGGMB, Haji Yahya bin Haji Mirasan.

    Mesyuarat itu bermatlamat untuk menyemak atur cara, program dan aktiviti sepanjang persidangan dijalankan.

    Di samping itu, ia juga menetapkan tarikh untuk menyemak dan mengesahkan resolusi The 39th ASEAN Council of Teachers, ACT + Korea yang akan ditandatangani oleh Ketua- ketua delegasi pada majlis penutup rasmi persidangan pada 21 September.

    Setelah berbincang dengan mendalam, pengerusi serta ketua-ketua delegasi telah bersetuju dan sebulat suara mengesahkan semua aturcara, program dan aktiviti yang dijalankan pada persidangan berkenaan.

    Ketua delegasi dan setiausaha agung bagi Persidangan ACR+ Korea Ke-39 yang menghadiri mesyuarat bergambar ramai.
    Mesyuarat untuk Ketua delegasi dan setiausaha agung bagi Persidangan ACR+ Korea Ke-39, sedang dijalankan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda