Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Restoran 5,000 tahun ditemui di Iraq

    LAGASH, 15 FEB – Ahli arkeologi di selatan Iraq telah menemui sisa premis restoran dipercayai wujud sekitar 5,000 tahun yang lalu.

    Penemuan di tapak runtuhan kerajaan Lagash purba yang diketahui sebagai salah satu pusat bandar pertama tamadun Sumeria itu dilaksanakan oleh pasukan Amerika Syarikat (AS)-Itali.

    Pasukan gabungan Universiti Pennsylvania dan Universiti Pisa itu menemui sisa sistem penyejukan primitif, ketuhar besar, bangku untuk makan malam dan sekitar 150 mangkuk hidangan.

    Tulang ikan dan haiwan turut ditemui di dalam mangkuk, bersama bukti minuman keras.
    “Kami menemui peti ais, beratus-ratus mangkuk yang sedia untuk dihidangkan, bangku… dan di belakang peti ais ada ketuhar yang sepatutnya digunakan… untuk memasak makanan.

    “Apa yang kami faham, ia adalah tempat di mana orang boleh datang untuk makan.

    “Kami memanggilnya pub kerana bir adalah minuman yang paling biasa dijumpai, malah lebih daripada air biasa, untuk orang Sumeria,” kata pengarah projek, Holly Pittman kepada AFP. – AFP

    Gambar udara menunjukkan pemandangan parit yang baru digali yang mungkin mengandungi rumah penginapan dengan kawasan sejuk untuk menyimpan makanan, di tapak bandar Lagash, daerah al-Shatra di selatan wilayah Dhi Qar, Iraq. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...