Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Restoran Bee Wah tawar promosi Satay Bowl

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Restoran dan Katering Bee Wah yang terletak di Kampung Salambigar, baru-baru ini, telah memperkenalkan promosi set makanan baharu iaitu Satay Bowl unik dengan rempah rahsia.

    Bermula awal Oktober, promosi yang ditawarkan hanya sah bagi sajian set, yang menawarkan pelbagai set sate, seperti sate ayam, daging, urat, dan kambing.

    Restoran yang dikendalikan oleh Awang Muhd Khalilullah Two bin Abdullah itu merupakan sebuah restoran halal yang menawarkan beberapa masakan menarik dengan pilihan mengikut kesukaan pelanggan.

    Ketika dihubungi Media Permata, Awang Muhd Khalilullah Two menyatakan bahawa cara-cara memasak sate berkenaan memang lain daripada yang lain.

    “Cara memasak sate berkenaan harus digoreng terlebih dahulu dengan sedikit minyak dan elakkan memasaknya secara deep fried. Kuali masakan harus dibersihkan setiap kali memasak dan jika digunakan secara berulang-ulang, rasa sate akan berubah dan menyebabkan hangus.

    “Manakala bahan-bahannya pula adalah seperti resipi sate biasa, akan tetapi kami menggunakan resipi rahsia daripada peninggalan ibu mertua, yang membuat sate berkenaan terasa lain daripada yang lain,” ujarnya.

    Selain menu sate, Restoran Bee Wah juga menawarkan menu-menu lain seperti kelupis, urat kari, stemboat and Grill, popia dan banyak lagi. Dalam pada itu, restoran berkenaan juga akan menawarkan menu dumpling.

    Salah satu Satay Bowl yang diperkenalkan Restoran dan Katering Bee Wah.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda