Oleh Hajah Saemah kepli
KUALA BELAIT, 23 Feb – Restoran Buccaneer sekali lagi menawarkan promosi hidangan mereka bermula 20 Februari hingga 5 Mac ini, sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-33.
Restoran tersebut yang menyediakan pelbagai masakan ala Barat dan Thailand akan menawarkan potongan diskaun sebanyak 33 peratus untuk hidangan makan tengah hari dan makan malam.
Terletak di Jalan McKerron di sini, restoran berkenaan beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 10 pagi hingga 2 petang dan di sebelah malam bermula jam 6 petang hingga 10:30 malam, manakala pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga 2:30 petang dan sebelah malamnya seperti biasa.