Semasa bulan Ramadan ini, hanya sebilangan restoran sahaja yang melanjutkan waktu operasi hingga jam 3 pagi bagi memenuhi keperluan sahur orang yang bekerja pada waktu malam dan sebagainya.
Oleh itu, adalah wajar jika lebih banyak restoran melanjutkan waktu operasi mereka bagi memudahkan umat Islam bersahur pada waktu yang lebih fleksibel.
Dengan beroperasi lebih lama, restoran terbabit bukan sahaja dapat menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, tetapi juga membantu mereka yang tidak sempat menyediakan hidangan sahur di rumah.
Saya juga berharap pelanjutan waktu operasi dapat diperluaskan kepada kedai-kedai besar, kerana ini akan memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan harian mereka dengan lebih santai, tanpa perlu terburu-buru atau berdepan dengan kesesakan jalan pada waktu-waktu tertentu.
Menjelang Lebaran ini, saya juga berharap ada kedai yang beroperasi 24 jam, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan kecemasan pada bila-bila masa.
Rizal Y
