Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Restoran disaman, pelanggan panik temui cebisan jari dalam salad

    NEW YORK, 29 NOV – Seorang pelanggan telah mengemukakan saman terhadap rangkaian restoran makanan segera, Chopt berhubung dengan salad yang didakwanya mengandungi cebisan jari pengurusnya.

    Saman yang dikemukakan pada Isnin lalu oleh Allison Cozzi dari Greenwich, Connecticut, mendakwa dia membeli salad di cawangan Chopt di Mount Kisco, New York pada 7 April 2023, dan sedar semasa memakannya bahawa ‘dia sedang mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampurkan dan menjadi sebahagian daripada salad.’

    Menurut saman tersebut, seorang pengurus di restoran itu secara tidak sengaja telah terpotong cebisan jari telunjuk kirinya semasa memotong rucola.

    Rekod jabatan kesihatan Westchester County menunjukkan bahawa Chopt dikenakan denda sebanyak AS$900.

    Cozzi berkata dalam saman itu bahawa dia mengalami kecederaan termasuk kejutan, serangan panik, migrain, gangguan kognitif, mual, pening dan sakit leher dan bahu akibat memakan salad yang tercemar itu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda