GUA MUSANG – Apabila pengunjung menjejakkan kaki ke restoran Dalam Taman D’Tasik, pastinya mereka akan mengimbau kembali nostalgia era 60an kerana dekorasinya yang mengetengahkan pelbagai koleksi barangan antik pada zaman itu. Pengusahanya Zakaria Daud, 66, berkata seni hiasan berkenaan menggambarkan identiti dirinya dan isteri Nasitah Awang, 63, yang turut meminati barangan antik untuk dikongsikan kepada