Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Restoran longgok bekas dahan pokok kena kompaun $2,000

    Oleh Sim Y. H. – 

    TUTONG, 11 NOV – Sebuah restoran telah dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong (JDT) semasa pemeriksaan dan rondaan kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 (Penggal 30), iaitu melonggokkan dan membuang bekas dahan pokok di tempat awam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JDT, hari ini, restoran terbabit telah dikenakan kompaun sebanyak $2,000 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam masa tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda berkenaan dari tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa orang ramai dan masyarakat umum disarankan memberikan kerjasama dan seharusnya peka mengenai kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30).

    Unit Penguatkuasaan JDT turut mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah-sarap di tempat awam.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    Bekas dahan pokok yang didapati dibuang oleh sebuah restoran di tempat awam oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda