Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Restoran Nasi Ayam Mentiri diperkenalkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Bermula dengan Restoran Makanan Laut Pondok Sari Wangi, pengasas restoran berkenaan iaitu Ridhuan Ho kini memperkenalkan Restoran Nasi Ayam Mentiri di Kampung Mentiri.

    Majlis perkenalan restoran berkenaan telah diadakan hari ini dengan Majlis Doa Selamat yang dihadiri oleh para jemputan khas terdiri daripada penduduk sekitar kampung berkenaan.

    Ridhuan Ho ketika ditemu bual berkata, nasi ayam memang sudah menjadi kegemaran ramai di Negara Brunei Darussalam, dan Nasi Ayam Mentiri memang yang terbaik.

    Ia bermula daripada salah seorang sahabatnya menawarkan kawasan berkenaan untuk dimajukan dan mula berfikir untuk mencuba membuka sebuah restoran yang digemari ramai.

    Selain daripada nasi ayam, restoran itu juga menawarkan beberapa menu utama seperti kari ayam, sup kepala ikan, dim sum, nasi lemak dan banyak lagi.

    Ridhuan Ho memotong pulut semasa sesi memperkenalkan Restoran Nasi Ayam Mentiri di Kampung Mentiri. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda