Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Restoran Seasons kini menampilkan promosi bufet sungkai yang boleh didapati sepanjang bulan Ramadan ini.
Antara hidangan berkonsepkan Asian yang dapat dinikmati oleh para pelanggan ialah nasi kambing, Ayam Kerisik Brunei, ambuyat, stu daging, ikan goreng sos thai, Malacca Chicken Kapitan, Green Curry Chicken, kambing panggang dan banyak lagi.
Di samping itu, bufet turut menampilkan hidangan pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, Pavlova, Mango Pudding, Chocolate Pudding dan banyak lagi.
Sepanjang promosi ini, pemegang kad RBC Dining Privilege dan kad debit dan kredit Baiduri akan mendapat diskaun istimewa.
Selain itu, pelanggan yang membuat pembelian minimum di restoran berkenaan akan layak untuk mendapat baucar diskaun bagi Wash & Co.
