Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Restoran Vietnam tular dengan Mi Daging Bubble Tea

    VIETNAM, 8 OKT – Sebuah restoran Vietnam baru-baru ini menjadi tular kerana melancarkan hidangan baharu iaitu Mi Daging Bubble Tea, dalam usaha untuk mengambil kesempatan populariti Tapioca Pearl Milk Tea.

    Menurut Oddity Central, tidak diragui bahawa populariti bubble tea bukan sahaja di Asia, tetapi di seluruh dunia.

    Terdapat sesuatu keistimewaan tentang teh susu yang dihidangkan bersama tapioca pearl membuatkan kebanyakan pelanggan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi minuman itu.

    Contoh terbaharu ialah Yu Tang, sebuah restoran Vietnam yang berpangkalan di Hanoi baru-baru ini melancarkan hidangan baharu yang menggabungkan teh susu, tapioca pearl, mi dan hirisan daging yang telah dimasak.

    Diinspirasikan oleh hot pot susu popular Taiwan, hidangan itu telah menarik banyak perhatian dalam talian.

    Yu Tang terdiri daripada campuran sup sayur-sayuran, teh hitam dan susu segar yang dihidangkan bersama mi, tapioca pearl dan daging kornet. Rasanya dilaporkan pelik sehinggakan beberapa pempengaruh Vietnam turut merasa sukar untuk menggambarkannya.

    “Rasa keseluruhannya tidak mengagumkan atau istimewa,” komen penpengaruh, Duc Anh. “Mee tidak menjijikkan seperti yang dibayangkan orang ramai, tetapi ia tawar. Rasa setiap ramuan tidak bersatu antara satu sama lain.” – Agensi

    Hidangan baharu yang menggabungkan teh susu, pearl ubi kayu, mi tebal dan hirisan daging tular baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda