Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Retak kaki bukan penghalang

    ALCANIZ, 24 Sept – Valentino Rossi mencuri tumpuan dalam kelayakan Aragon MotoGP semalam dengan memastikan kedudukan di depan dalam grid, tiga minggu selepas menjalani pembedahan keretakan di kaki.

    Juara sembilan kali yang mengalami kecederaan itu, mengenakan stoking khas, tidak menghiraukan pakar perubatan dan mengetapkan giginya menahan kesakitan yang dilalui untuk mencatatkan masa ketiga terpantas bagi perlumbaan hari ini di belakang rakan sepasukan dari Yamaha, Maverick Vinales dan Jorge Lorenzo dari Ducati.

    Juara dunia, Marc Marquez dilihat menetapkan bagi kedudukan teratas, hanya mendapati terlibat dalam kemalangan dua minit sebelum berakhir sesi tersebut, malah turut terjejas dalam latihan terakhir sebelum ini.

    Penunggang dari Sepanyol itu bermula di barisan kedua yang diiringi oleh Cal Crutchlow dan Dani Pedorsa.

    Beberapa saat selepas penyingkiran awal Marquez, Rossi mengungguli senarai teratas, hanya mendapati dirinya diatasi oleh Vinales dengan 1minit 47.635 dan kemudian Lorenzo pada kedudukan .100s.

    Penunggang Movistar Yamaha, Valentino Rossi ketika menjalani sesi latihan di MotoGP Aragon. – AFP

    Rossi, yang berada di kedudukan keempat dalam kejuaraan dunia, mengalami patah kaki dalam satu kemalangan ketika mengadakan latihan pada 31 Ogos lalu.

    Menjalani pembedahan pada hari ketika pasukan perubatannya pada awal meramalkan untuk aksi kembali di Jepun pada perlumbaan seterusnya.

    Tetapi itu tidak mengira kecekalan penunggang veteran berusia 38 tahun itu, ketika dia menyasarkan gelaran dunia ke-10 dan kelapan dalam kategori teratas.

    “Ia adalah satu kejutan besar bagi saya, seminggu lalu, saya mula memikirkan saya boleh berlumba tetapi saya tidak tahu apa yang dijangka,” jelas Rossi, yang berada di kedudukan ke-20 pada Jumaat lalu dan memperbaikinya kedudukan ke–10 pada pagi semalam, memberitahu BT Sport. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda