Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Retakan ais semakin melebar

SEKUMPULAN saintis Pusat Penyelidikan Antartika dari United Kingdom iaitu Project MIDAS, kelihatan sedang tekun meneliti beberapa imej berwarna putih yang dirakam satelit Deimos-1 pada 12 Julai lalu.

Tidak lama kemudian, kesemua mereka mengesahkan bahawa imej tersebut menunjukkan satu bongkah besar sudah terpisah sepenuhnya daripada benua sejuk tanpa penghuni, Antartika.

Bongkah ais sebesar kira-kira 5,800 kilometer persegi itu telah terpisah sepenuhnya daripada rak ais gergasi di Antartika yang dikenali sebagai Larsen C.

Kedudukan bongkah seberat satu trilion tan itu dikatakan sudah terpisah sepenuhnya dan kini sedang hanyut ke arah Laut Weddell yang terletak di Timur Antartika.

Imej-imej berkenaan diperoleh melalui satelit Deimos-1 dan ia bukannya sesuatu yang mudah untuk diperoleh ekoran waktu malam yang lebih panjang serta berawan. Untuk itu, saintis terpaksa bergantung kepada radar atau sensor inframerah untuk mendapatkan imej tersebut.

Keadaan cuaca dan air yang semakin panas bagaimanapun menyebabkan Larsen A pecah dan mencair pada tahun 1995, manakala Larsen B pula pecah pada tahun 2002.
Keadaan cuaca dan air yang semakin panas bagaimanapun menyebabkan Larsen A pecah dan mencair pada tahun 1995, manakala Larsen B pula pecah pada tahun 2002.
Menurut Anna Hogg berkata biarpun saiz ais yang terpisah itu cukup besar, namun ia tidak akan memberi kesan terhadap paras air laut dunia.
Menurut Anna Hogg berkata biarpun saiz ais yang terpisah itu cukup besar, namun ia tidak akan memberi kesan terhadap paras air laut dunia.

Bongkah ais gergasi

Digelar A-68, saiz bongkah ais yang besar itu diibaratkan menyamai saiz tiga kali ganda kota London. Nama A-68 diberi kepada bongkah itu berdasarkan bahagian ais Antartika semasa ia mula-mula dikesan.

A-68 terletak di kawasan ke 68 dengan label A yang juga dikesan turut merangkumi Laut Weddell.

Menurut Profesor Adrian Luckman yang merupakan pakar glasier dari Universiti Swansea, Wales, United Kingdom, ini bukanlah rekahan ais pertama yang melibatkan Antartika.

“Sebelum ini, beberapa buah bongkah lain juga sudah terpisah daripada ais gergasi di Antartika, namun A-68 merupakan antara yang terbesar pernah direkodkan.

“Dengan berat satu trilion tan, pecahan ais itu sememangnya luar biasa,” ujarnya yang menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk glasier.

Beliau memberitahu, pasukan penyelidik Project MIDAS percaya bongkah Larsen C masih utuh sambil menambah, ia adalah sebahagian daripada tingkah laku normal rak ais.

Sudah terapung

Berdasarkan laporan laman web British Broadcasting Corporation (BBC), keadaan itu menyebabkan saiz Larsen C seluas 44,200 kilometer persegi itu berkurangan sebanyak 12 peratus dan persekitaran Semenanjung Antartika berubah selama-lamanya.

Pasukan saintis kini berusaha untuk mengkaji sama ada bongkah ais gergasi A-68 itu akan memberi kesan terhadap beberapa lagi rekahan pada bahagian utara dikenali sebagai Gipps Ice Rise yang kekal statik dalam tempoh lama sebelum ini.

Menurut Anna Hogg yang merupakan pakar penyelidikan satelit dan glasier dari University of Leeds pula, biarpun saiz ais yang terpisah itu cukup besar, namun ia tidak akan memberi kesan terhadap paras air laut dunia.

“Hal ini kerana bongkah ais itu sudah pun terapung selama beberapa tahun sebelum ia benar-benar terpisah dan dalam tempoh itu, tiada perubahan yang dikesan pada paras air laut,” ujarnya.

Digelar A-68, saiz bongkah ais yang besar itu diibaratkan menyamai saiz tiga kali ganda kota London. Nama A-68 diberi kepada bongkah itu berdasarkan bahagian ais Antartika semasa ia mula-mula dikesan.
Digelar A-68, saiz bongkah ais yang besar itu diibaratkan menyamai saiz tiga kali ganda kota London. Nama A-68 diberi kepada bongkah itu berdasarkan bahagian ais Antartika semasa ia mula-mula dikesan.
Bongkah ais sebesar kira-kira 5,800 kilometer persegi itu telah terpisah sepenuhnya daripada rak ais gergasi di Antartika yang dikenali sebagai Larsen C.
Bongkah ais sebesar kira-kira 5,800 kilometer persegi itu telah terpisah sepenuhnya daripada rak ais gergasi di Antartika yang dikenali sebagai Larsen C.

Ketika ini, A-68 sudah bergerak sejauh 2.4 kilometer menjauhi rak ais Larsen C.

Dr. Thomas Rackow dari Pusat Kajian Polar dan Marin Institut Alfred Wegener, Jerman, menjangkakan ia akan bergerak mengikuti laluan timur laut, menuju Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan.

Sudah dijangka

Sebelum ini, para saintis Project MIDAS sudah menjangkakan perpisahan segmen ais A-68 itu daripada Antartika selepas mengesan rekahan di Larsen C pada tahun 2014.

Walaupun begitu, mereka tidak menyangka rekahan pada A-68 itu semakin besar dan melebar dalam tempoh yang singkat.

Menurut Luckman, rekahan pada permukaan ais sebenarnya sesuatu yang normal.

“Saya tidak menolak rekahan dan perpisahan A-68 mungkin disebabkan oleh pemanasan global, namun ia bukanlah punca utama ia akhirnya terpisah dari Larsen C.

“Banyak pergerakan yang berlaku di dasar ais benua Antartika yang diklasifikasikan sebagai kejadian alam dan semula jadi,” ujar Luckman.

Sebelum ini, dua lagi bongkah ais besar iaitu Larsen A dan Larsen B terletak di bahagian utara Antartika.

Keadaan cuaca dan air yang semakin panas bagaimanapun menyebabkan Larsen A pecah dan mencair pada tahun 1995, manakala Larsen B pula pecah pada tahun 2002.

Pertengahan tahun lalu, beberapa rekahan lain juga dikesan pada Larsen C di satu kawasan dipanggil Gipps Ice Rise.

Para saintis Projek MIDAS akan menjalankan kajian terperinci terhadap rekahan-rekahan lain dan melihat adakah perpisahan A-68 akan memberikan kesan terhadap rekahan-rekahan lain.

Selain itu, sebaik sahaja ais di Larsen C pecah sepenuhnya, saintis berpendapat mereka mungkin akan menemukan spesies hidupan baharu di Antartika. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -