Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Retinopati diabetes punca buta

    FENOMENA kehilangan kaki dalam kalangan pesakit diabetes tidak terkawal sudah menjadi perkara biasa. Tetapi tahukah anda, diabetes juga boleh menyebabkan kita menjadi buta yang dikenali sebagai retinopati diabetes.

    Retinopati diabetes ialah retinopati (kerosakan pada retina) yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes. Ia terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari.

    Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot seterusnya buta. Keadaan ini dialami kira-kira satu daripada tiga penghidap diabetes Jenis II.

    ia adalah punca kebutaan yang paling umum dalam kalangan penghidap diabetes dalam lingkungan usia bekerja.

    Lebih lama seseorang menghidap diabetes lebih tinggi risiko mereka untuk menghidap kerosakan penglihatan atau kebutaan. Ini boleh membawa kepada implikasi sosial dan ekonomi yang serius kepada pesakit jika tidak ditangani.

    Pesakit diabetes harus kerap melakukan pemeriksaan mata bagi mengelakkan masalah retinopati diabetes.
    Pesakit diabetes harus kerap melakukan pemeriksaan mata bagi mengelakkan masalah retinopati diabetes.

    Masalah penglihatan akan berlaku jika pesakit tidak mengawal kandungan gula dalam darah.

    Pandangan akan terganggu jika pembuluh darah tersumbat atau berlaku kebocoran yang menyebabkan pendarahan serta bengkak pada retina.

    Penyumbatan salur darah yang banyak dalam retina akhirnya menyebabkan berlaku pertumbuhan salur darah baru yang tidak normal dalam mata pesakit.

    Semua penghidap diabetes Jenis II berisiko untuk mendapat retinopati diabetes dan ia adalah salah satu komplikasi diabetes yang amat menjejaskan.

    Lebih 50 peratus daripada penghidap diabetes Jenis II mengalami retinopati selepas 10 tahun menghidap penyakit berkenaan.

    Tanpa rawatan berkesan, 10 peratus daripada penghidap diabetes akan mengalami masalah serius selepas 15 tahun sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka manakala kira-kira dua peratus akan buta sepenuhnya.

    Retinopati diabetes sukar dikesan pada peringkat awal tanpa sebarang gejala fizikal sehingga masalah penglihatan terjadi.

    Kebanyakan pilihan rawatan semasa bagi retinopati diabetes tahap adalah awal tertumpu kepada usaha memperbaiki kawalan glisemia bagi mengekang penularan penyakit.

    Manakala rawatan lebih invasif seperti laser serta rawatan anti-VEGF diperlukan apabila retinopati diabetes berada pada peringkat lanjut di mana penglihatan mungkin terjejas.

    Bagaimanapun rawatan ini lazimnya diiringi risiko yang boleh menjejaskan mata iaitu penglihatan periferi dan mungkin mengakibatkan kesan buruk sistemik.

    Penyediaan fenofibrate sebagai rawatan oral sehari sekali bagi retinopati diabetes menawarkan pilihan rawatan tidak invasif kepada penghidap diabetes jenis 11 yang berisiko untuk menghidap masalah penglihatan.

    Fenofibrate bahan aktif yang Lipanthyl mengawal tahap kolesterol ke julat yang diingini. Ia juga mempunyai kesan bermanfaat yang meluas terhadap kawalan lipid, keradangan, angiogenesis dan apoptosis sel yang dipercayai faktor yang melindungi daripada perkembangan retinopati diabetes dalam penghidap diabetes Jenis II.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda