Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reunion taut persahabatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Selepas 30 tahun pertemuan terakhir beramai-ramai, bekas Rekrut Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Pengambilan Ke-89 telah mengadakan majlis makan malam perjumpaan semula di Berry Wan Hot Pot, Gadong, kelmarin.

    Acara anjura Mejar (B) Sopian Bin Haji Mohammad Yassin itu antaranya menyaksikan kehadiran Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

    Menurut, Mejar (B) Sopian, ia adalah kali pertama kumpulan bekas rekrut pengambilan ke-89 itu mengadakan perjumpaan semula dan lebih banyak aktiviti dalam perancangan termasuk mengadakan majlis Tahlil dan Doa Selamat sepanjang Ramadan akan datang.

    Selain itu, mereka dapat mengikuti perkembangan masing-masing dan mengenang kembalizaman ketenteraan mereka suatu ketika dahulu.

    Antara yang hadir semasa perjumpaan semula di Berry Wan Hot Pot, Gadong, baru-baru ini.- Gambar serahan bekas Rekrut Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Pengambilan ke-89
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda