Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Sembilan orang alumni Kelas 1964, Tingkatan 4 Arts, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) berpeluang untuk mengimbau kembali kenangan pada majlis pertemuan semula yang berlangsung di Hotel Mulia, hari ini.
Majlis berkenaan dihadiri oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor, Dato Seri Paduka Haji Eusoff Agaki bin Haji Ismail, Leftenan Kolonel (B) Haji Sharbini bin Haji Sunggoh, Pengiran Datin Hajah Siti Mariam binti PRW Pengiran Haji Metussin, Hajah Nellie binti Dato
Paduka Haji Sunny, Tan Mai Lin, Tan Chui Gee dan Robert Lee Fook Ping.
Majlis dihasratkan sebagai pertemuan semula rakan sekelas di mana mereka berpeluang untuk mengetahui perkembangan semasa di antara satu sama lain.
Ia juga dihasratkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan persahabatan antara mereka.


