Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Revolusi AI bakal ubah sistem kesihatan Sarawak – Dr Sim

    KUCHING, 12 NOV – Revolusi kecerdasan buatan (AI) menjanjikan potensi besar dalam membantu sektor kesihatan Sarawak mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

    Beliau berkata teknologi AI boleh meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan mengambil alih sebahagian tugas manusia, sekali gus meringankan beban kerja serta mempertingkatkan proses diagnosis dan rawatan.

    “AI membolehkan tugas yang memerlukan tiga orang dilakukan oleh seorang sahaja. Ini akan membantu mempercepatkan proses diagnosis dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan,” katanya selepas Sesi SwinTalk bertemakan Masa Depan Dipacu AI: Mencipta Semula Belanjawan 2026 untuk Negara yang Lebih Pintar, di Universiti Teknologi Swinburne hari ini.

    Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, berkata walaupun pelaburan awal dalam AI mungkin tinggi, ia berpotensi mengurangkan perbelanjaan kesihatan jangka panjang berbanding kaedah tradisional.

    Beliau berkata sebagai contoh, Institut Penyelidikan Perubatan Integratif Fudan di Miri yang bakal siap tidak lama lagi akan melancarkan perkhidmatan perundingan doktor AI, yang pertama seumpamanya di luar China.

    “Kami berterima kasih kepada Universiti Fudan dan Kerajaan China kerana berkongsi teknologi ini dengan kami di Miri. Ini merupakan inisiatif yang amat bermakna. – Bernama

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelancongan Perubatan Antarabangsa 2025, pada 11 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda