Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Revolusi baharu dalam penerbangan

    ST MARGARET’S BAY, UNITED KINGDOM, 4 OGOS – Seorang lelaki warga Perancis yang telah menghabiskan beberapa tahun membangunkan ‘flyboard’ mengapungkan dirinya dalam percubaan kali kedua merentas Selat Inggeris, selepas percubaan pertama bulan lalu mengalami kegagalan apabila ia terjatuh ke dalam air.

    Franky Zapata memulakan cabaran dari Sangatte di utara pantai Perancis, selama 20 minit perjalanan ke Teluk St. Margart di Dover, dekat selatan pantai, England.

    Sepanjang pengembaraan, Zapata diiringi tiga helikopter, terbang merentas perairan seawal pagi sebelum singgah di Teluk Picturesque dan disambut oleh kumpulan wartawan serta penonton.

    Zapata menggunakan Flyboard rekaan bekas enjin lima turbin jet-ski yang mampu mengapungkan dia di udara pada kelajuan sehingga 190 kilometer sejam, dengan dipacu tenaga minyak tanah dibawa di dalam beg galas yang mampu mengapungkan dirinya selama 10 minit.

    Dia merancang menamatkan perjalanan merentas selat sejauh 35 kilometer itu dalam tempoh 20 minit, dengan mengekalkan kelajuan 140 kilometer sejam, pada ketinggian 15-20 meter di atas permukaan air.

    Pada 25 Julai lalu, Zapata terjunam ke laluan perkapalan sibuk selepas gagal mendarat di atas bot pembekal minyak yang menunggu di perairan Inggeris untuk menambah bekalan minyak tanah kepadanya.

    “Bahagian paling sukar adalah ketika mengisi minyak. Saya tidak menambah bekalan tepat pada waktu,” kata Zapata yang menyambut hari kelahiran pada Khamis lalu.

    “Industri penerbangan adalah hasil daripada usaha mereka yang pernah gagal, dan dengan bangkit semula kita mampu bergerak ke depan,” katanya.

    Sehubungan itu, bagi memastikan kejayaan, saiz bot pembekal minyak dan tempat mendarat lebih besar digunakan berbanding sebelumnya dan kapal tentera laut Perancis sentiasa bersiap sedia untuk membantu jika berlaku sebarang kemungkinan. – AFP

    Franky Zapata mengapungkan dirinya dengan ‘flyboard’ rekaannya di Teluk Picturesque dan disambut oleh kumpulan wartawan serta penonton, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda