KUALA LUMPUR, 27 JAN – Sentiasa merendah diri, bekerja keras, kekal konsisten dan menyematkan mentaliti kemenangan, antara ciri-ciri yang menjadi kunci untuk pasangan beregu lelaki Malaysia yang juga juara Masters Indonesia 2025, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terus melakar lebih banyak kejayaan.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, berharap Wei Chong dan Kai Wun akan sentiasa merendah diri sambil meneruskan latihan dengan bersungguh-sungguh dan konsisten.
“Jika dilihat permainan mereka daripada pusingan pertama hingga ke final Masters Indonesia 2025, mereka bermain dengan sangat yakin,” kata beliau ketika dihubungi Bernama. – Bernama