Tuesday, September 24, 2024
34.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reza Arap bayar ganti rugi akibat kedatangan IShowSpeed

    Penyanyi Indonesia Reza Arap sanggup membayar ganti rugi kepada pihak yang terkesan akibat kedatangan YouTuber terkenal IShowSpeed ke Jogjakarta, Indonesia pada Khamis lalu.

    Kata Reza atau nama sebenar Reza Oktovian, 36, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas kedatangan Speed ke negara itu sehingga menyebabkan kerosakan barangan jualan peniaga lokasi berkenaan.

    Justeru itu, dia memuat naik satu ciapan di laman X meminta para peniaga yang mengalami kerugian untuk tampil memaklumkan kepada dirinya.

    “Boleh tolong kirakan berapa jumlah kerugian yang dialami. Terima kasih.

    “Semua kerugian telah saya selesaikan terima kasih,” tulisnya di laman X.

    Dalam pada itu, rata-rata warganet memuji tindakan Reza yang sanggup mengambil tanggungjawab membayar ganti rugi berkenaan.

    “Awak memang terbaik, walaupun percakapan awak agak kasar ketika stream tapi kamu selalu prihatin terhadap masyarakat terutamanya peniaga kecil-kecilan; Semoga dimurahkan rezeki bang Rap, Terima kasih, terbaiklah bang Rap,” puji warganet.

    Difahamkan ahli kumpulan Weird Genius ini yang telah menghubungi Speed dan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membawa YouTuber berasal Amerika Syarikat itu ke Indonesia. – Agensi

    Reza bertanggungjawab atas kedatangan Speed ke Indonesia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda