Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reza Rahadian pernah jadi pemotong rumput

    Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian, 38, pernah mendapat bayaran sebanyak RM6.35 sen (Rp25,000) hasil daripada menjadi pemotong rumput.

    Menurut pelakon utama Habibie & Ainun ini, dia masih kecil ketika itu dan tidak boleh bekerja, namun dia ingin membantu mencari pendapatan buat keluarganya.

    “Saya dulu berdua sahaja bersama ibu, jadi kami pernah terkena impak krisis ekonomi pada 1998.

    “Ketika itu saya masih kecil, tapi saya sanggup berbasikal untuk tanya jiran jika ada yang mahu potong rumput di rumah mereka.

    “Saya hanya ingin bantu ibu sahaja untuk dapat pendapatan,” kata Reza dalam temubualnya bersama podcast The Maple Media di YouTube.

    Reza antara pelakon popular dari negara jiran itu yang mempunyai ramai peminat termasuk kebanyakan filem lakonannya menjadi perhatian ramai.

    Antara filem lakonannya seperti Wanita Berkalung Sorban, My Stupid Boss, Rudy Habibie, Surga Yang Tak Dirindukan 2, Toko Barang Mantan, Layla Majnun, Garis Waktu, Layangan Putus the Movie dan banyak lagi.

    Selain itu, sebagai bukti bakat lakonannya yang hebat, Reza juga hingga kini banyak memenangi anugerah yang mengiktiraf komitmennya selaku pelakon versatil. – Agensi

    Reza Rahadian pernah menjadi pemotong rumput bagi membantu mencari pendapatan buat keluarganya. – malaymail.com

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda